Calendar

December 2007
SunMonTueWedThuFriSat
 << <Mar 2010> >>
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Announce

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

rss Syndication

Archives

Posts sent on: 2001-01-01

27 Jan 2009 
Kereta yg telah melanggar arwah.




Admin · 17 views · 1 comment
16 Jan 2009 
SIMPLE UNDERSTANDING
-Ramai di kalangan rakyat Israel menganggap serangan tentera mereka ke Gaza adalah untuk mempertahankan Jurusalem.
-Sedangkan Jurusalem itu sebenarnya adalah hasil daripada rampasan tanah mereka terhadap Palastin.
-Hamas dijadikan alasan mereka untuk mengaburi mata pemimpin dunia.
-Sedangkan hamas wujud hasil daripada tangan mereka sendiri.
-Analogi nya mudah sahaja
oPenyakit(virus/bekteria/kulat..etc) menyerang tubuh manusia normal
oBadan akan bertindakbalas menghasilkan antibodi....
oAntibodi akan bertindak balas menentang penyakit.
-Hamas adalah seperti antibodi.
-Apakata kita banyangkan Negara kita di serang. Bangun pagi tiba2 anak, ibubapa, saudaramara putus tangan, kaki, kepala,putus nyawa.
Siapa yang tidak marah!!!..
-Alasan Israel itu langsung tidak masuk akal... tapi Amerika yang mempunyai kuasa veto nya dah di rasuk oleh Israel.
-Diam2 je...atau selfish kot. atau mmg saje sbb Bush kan jew...
-Pemimpin arab pula (secara purata)susah nak komen. Ada kuasa tp tak tau guna.
-Tapi kita jangan jadi macam tu...
-Kita pun ada kuasa juga... Tapi kene bijaklah... guna sebaiknya...
-BOYCOTT barangan mereka.
-NEXT TIME when u want to buy Israel product...remember these...

Admin · 10 views · Leave a comment
04 Jan 2009 

Jet Zionis bom masjid ketika jemaah bersolat



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dalam ucapan yang disiarkan semalam tidak mengambil kira protes dunia terhadap kezaliman Israel di Gaza apabila menggesa semua pihak menekan Hamas supaya menghentikan serangan roket ke negara Yahudi itu dan ia kemudian disusuli tindakan unit artileri rejim Zionis melancarkan bedilan terhadap 40 sasaran di wilayah Palestin bersama jet tempur dan bot perangnya.

Sekurang-kurangnya 750 serangan udara dilancarkan Israel yang kini masuk minggu kedua dan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan krisis kemanusiaan Gaza, antaranya, 250,000 penduduk terputus bekalan elektrik; sistem saluran air hanya berfungsi sekali selepas lima atau enam hari; bahan bakar dan gas memasak tiada lagi; bekalan tepung, gula, beras dan produk tenusu terlalu kurang dan 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

Dalam serangan terbarunya 13 penduduk Gaza maut selepas bedilan Yahudi mengenai sebuah masjid.

Kira-kira 200 warga Palestin sedang mengerjakan solat ketika serangan itu.


Bush dan sekutunya di Israel mungkin kecewa selepas serangan berkenaan gagal menghalang serangan roket dari wilayah terbabit apabila pejuang melancarkan 500 roket dan mortar ke arah Israel sepanjang minggu lalu membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan berpuluh yang lain cedera.

Sekurang-kurangnya 460 orang, termasuk 66 kanak-kanak maut setakat ini.

Tetapi Bush berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan Amerika, Mahmoud Abbas.”

“Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,” kata Bush.

Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia masuk ke Gaza. - AP/AFP

 

SAMPAI BILAKAH KEADAAN INI AKAN BERLAKU?

ADAKAH PENDUDUK DUNIA AKAN SENTIASA "MENUTUP SEBELAH MATA"?

APAKAH PERANAN KITA?

SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN SAUDARA KITA DI PERLAKUKAN SEPERTI ITU TANPA SEBAB YG MUNASABAH?

FIKIR2 KAN LAH..


Admin · 7 views · Leave a comment
02 Jan 2009 
sakit g-wa
> Sakit jiwa Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah
jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia
akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah
beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi
mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. Doktor : Adakah
kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor :
Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya
ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu
takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus.
Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu
pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni
dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??"

Admin · 10 views · Leave a comment
02 Jan 2009 
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
 Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
 Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
 Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Admin · 25 views · 1 comment

1, 2  Next page