Jet Zionis bom masjid ketika jemaah bersolat

WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dalam ucapan yang disiarkan
semalam tidak mengambil kira protes dunia terhadap kezaliman Israel di
Gaza apabila menggesa semua pihak menekan Hamas supaya menghentikan
serangan roket ke negara Yahudi itu dan ia kemudian disusuli tindakan
unit artileri rejim Zionis melancarkan bedilan terhadap 40 sasaran di
wilayah Palestin bersama jet tempur dan bot perangnya.
Sekurang-kurangnya 750 serangan udara dilancarkan Israel yang
kini masuk minggu kedua dan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) mendedahkan krisis kemanusiaan Gaza, antaranya, 250,000
penduduk terputus bekalan elektrik; sistem saluran air hanya berfungsi
sekali selepas lima atau enam hari; bahan bakar dan gas memasak tiada
lagi; bekalan tepung, gula, beras dan produk tenusu terlalu kurang dan
80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan.
Kira-kira 200 warga Palestin sedang mengerjakan solat ketika serangan itu.
Bush dan sekutunya di Israel mungkin kecewa selepas serangan
berkenaan gagal menghalang serangan roket dari wilayah terbabit apabila
pejuang melancarkan 500 roket dan mortar ke arah Israel sepanjang
minggu lalu membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan
berpuluh yang lain cedera.
Tetapi Bush berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas
berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah
ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan
Amerika, Mahmoud Abbas.”
“Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin
yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,”
kata Bush.
Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta
kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia
masuk ke Gaza. - AP/AFP
SAMPAI BILAKAH KEADAAN INI AKAN BERLAKU?
ADAKAH PENDUDUK DUNIA AKAN SENTIASA "MENUTUP SEBELAH MATA"?
APAKAH PERANAN KITA?
SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN SAUDARA KITA DI PERLAKUKAN SEPERTI ITU TANPA SEBAB YG MUNASABAH?
FIKIR2 KAN LAH..
Syndication
No Comment for this post yet...